Friday, 18 November 2011

yesterday was thursday

hey people ! are you guys doing well ?
if yes alhamdulillah. tapi kalau sakit tu cepat-cepatlah makan ubat.
take a good care of your health. sekarang ni macam-macam 
jenis penyakit yang datang. kadang-kadang nampak macam
sakit-sakit biasa saja. tapi rupanya bukan. macam kanser lah kan.
penyakit yang berkembang dengan pesat dalam diam. who knows right ?
actually aku baru saja selesai menyiapkan assignment yang dah sebulan
aku tangguh. last tuesday lecturer berpesan , 'hantar assignment hari jumaat ye'.
ouhhh dengan tidak semena-mena aura dan semangat menyiapkan assignment
membuak-membuak. hahaha. inilah namanya buat kerja last minute.
padanlah dengan muka aku. tapi sekarang dah siap. 
jadi tak perlu cakap apa lagi. senyum sajalahh. hee
since my mom still in her treatment , semua urusan rumah dan tangga
kami tiga beranak yang ambil alih. abah , me and adik.
nak dijadikan cerita , pagi tadi aku terlewat bangun. 
kelas lapan setengah bangun tidur lapan sepuluh minit. 
itu pun mujur abah yang kejut. ouhh yesss ! 
ni sebab bangun subuh terus tidur. langsung terlupa set alarm.
alangkah seronok betul siap dalam keadaan kelam-kabut.
aku peruntukkan dua puluh minit saja siap. 
tepat lapan tiga puluh lima aku dah boleh melangkah 
ke kelas dengan senyuman. sebab apa ?
sebabnya lecturer tak sampai lagi. 
tunggu punya tunggu pun tak masuk-masuk juga.
jadi mari kita buat kesimpulan beramai-ramai. kelas batal !
perasaan ? suka dan tidak suka. tidak suka sebab tunggu tanpa berbuat apa-apa.
suka sebab bolehlah pergi makan-makan. haa bab makan memang best.
then kami empat sekawan pekena bihun sup di kedai ibu.
sembang-sembang kosong then jam sepuluh dah kena rush balek.
hari-hari balek kelas dengan tergesa-gesa sebab nak prepare
lunch time. tepat jam dua belas suku semua harus siap.
nak jimat punya pasal jadi kami malas nak membeli.
bukan fikir jimat saja. tambahan makanan yang dimasak sendiri
lebih terjamin khasiat serta kebersihannya. #cehhh ayat akuuu
hari-hari fikir nak masak lauk apa. dah macam ganti tempat
my mom pula rasanya. then kami end up buat ikan keli bakar
dengan air asam. fuhh memang best !




tadaaa ! itulah hasilnya. simple saja. semua orang mampu buat. heee. 
ouh okaylah. i think that's all from me for today.
sebelum kita tutup hari ni , marilah sama-sama kita muhasabah diri.
semak perlakuan kita setiap hari. moga hari esok lebih baik dari hari ini.
senyum selagi you all masih bergigi and bubyee everyone!

Sunday, 13 November 2011

what makes him fall in love ?



if you are going to fall in love with me
it is only fair that you know what you are falling in love with
you are falling in love with my insecurities 
and my obsession with trying to figure out what everyone thinks of me.
you are falling in love with my troubled past 
and my hopes and dreams and how i am a hopeless romantic at heart.
if you fall in love with me , you fall in love with my self-hate
and all my imperfections and my perception that nobody could ever love me.

but you are also falling in love with the way my eyes will smile
when i am with you , the way i will text you in the mornings
just telling you i hope you have a great day.
you are falling in love with the occasionally humorous 
and thought-provoking things i say ,
and the way i blush when people ask me about you.
but to me , the most important thing will be
that you are falling in love with me ,
despite my thinking that it is impossible

Saturday, 12 November 2011

bermagnum bersama



terliur tidak you all tengok gambar di atas ni ? 
bagi sesiapa yang  sudah mencuba ice cream ni pasti suka. 
memang tidak mendukacitakan. at all ! hahaha. 
walaupun agak mahal sedikit tapi bagi aku berbaloi lah. 
biasanya ice cream keluaran walls memang sedap. 
aku ni bukanlah ice cream addict.
tapi so far aku makan ice cream walls memang sedap sedap belaka.
okay sekejap. ni bukan iklan ice cream tau. 
saja nak share dengan you all benda best bagi aku. 
ni semua gara gara aku pergi survey tempat
praktikal aku. maybe next year in february
im gonna start my practical session.
ramai yang cakap agak susah lah kalau 
tak ada basic or teaching experience.
insyaAllah aku boleh buat and i really hope everything
akan bagus bagus saja bila di sana kelak. 
taska universal located at taman puncak jalil
adalah tempat praktikal aku. 
setahu aku lah taska ni one of a good kindergarden. 
sebab banyak cawangan yang mereka buka. 
hingga ke melaka pun ada. hebat kan ? 
alhamdulillah setelah meeting dengan beberapa
orang di head department hari tu, aku dapat tempat tinggal.
free lagi tu. jadi tak perlu lah susah susah fikir nak stay mana.
dengan sebab itu si encik jiwa pun suka bukan kepalang.
sebelum tu bukan main risau lagi dia. 
yelah mana tidak, pergi praktikal sorang sorang. 
masing masing pilih tempat sendiri. 
aku pula pilih sini. apa boleh buat.
mujur college si encik jiwa tidak jauh.
jadi jika ada apa apa boleh aku call saja.
untunglahhh ^.^
then kami singgah jenjalan di the mines. 
bagi aku the mines tak berapa
best sangatlah nak shopping. biasa biasa saja.
tapi tak tahu lah you all. scene dia memang cantek.
sebab ada tasik. itu pun banyak bebudak lepak.
haish rosak pemandangan. 
sebelum balek, kami stop di big apple. 
haa yang ni favourite doughnut aku
dengan encik jiwa. makan banyak kali
pun tak jemu jemu. apa boleh buat dah suka kan.
sebagai pelengkap, we bought ice cream magnum almond tu.
beli satu saja cukuplah. beli banyak nanti dah 
tak sedap pula rasanya. 
till then guys ! love you all !

p/s : we do not remember days ; we remember moments

Thursday, 10 November 2011

experience is a good teacher

bismillah
sebelum itu.. blog ni hidup lagi okay !
salam aidiladha buat semua umat Islam out there
walaupun agak terlewat ucapan ni
peduli apa saya muehehe
hi peeps ! how are you doing guysss ?
im doing great because everyday i keep smiling
just because of life is great !
just like James Dean said
"dream as if you will live forever , live as if you will die today"
so do not burden your head with 
lots of stupid thinking
haa yang kata-kata di atas ni sesuai
untuk aku dahulu kalaaa 
but now tidak lagi.. yeay !!
wanna know why ?
because i love everything happen around me
setiap apa yang berlaku dalam hidup kita
ada hikmah dan pengajaran buat kita
Allah itu sayang akan kita 
Dia datangkan masalah untuk
menguji setabah mana hambaNya
kalau kita berjaya tempuh segala ujian itu
darjat kita akan dinaik taraf
suka tak ?

duluuu..
i used to be a gloomy person 
who loves thinking so much
fikir perkara yang simple pun sampai boleh pecah kepala
semua masalah dan musibah yang datang tu
makes me strong and it was a precious experience i ever had
kau orang ada ? mesti ada kann
biasalah.. semua orang ada masalah
nama pun manusia.. tak akan lari dari buat kesilapan
cuma jangan cepat melatah . just be yourself
dan sekarang bila semuanya sudah selesai
saya boleh senyum macam ni ^_____^
lebar tak senyuman saya ?
boleh koyak mulut tauu
hahahaha kau orang pun boleh
senyum cenggini juga.. malah lebih dari ini
dalam dunia ni tak ada yang mustahil
kita yang buat dia.. apa ada halll
so make your life happy

actually aku tak tahu nak tulis apa lagi
it just a short writing
shame on me -.-"
but dont worry because i will come out
with lots of story next entry
hope to see you soon
till then guys ! bubyee

me on eidul adha :)
love this outfit much

Thursday, 29 September 2011

ending of Syawal season

assalamualaikum awak semua
sihatkah awak semua?
hampir sebulan lamanya kita tak bersua
ececeh.. ayat nak kaki novel sajaa
maaflah ye.. i've been very busy lately
since masuk semester baru ni
pelbagai perkara perlu diselesaikan
tinggal tiga semester saja lagii
adehh.. cepatlah habis belajar
ku sudah tidak sabar lagi nihh
hihi apelahh..
semakin hari semakin hampir 
Syawal meninggalkan kita
sedehnyaa 
siapa Syawal??
alahh.. Syawal.. anak jiran belakang rumah tuu
hahaha.. sudah2 lah melalut tu una oii
di akhir2 bulan Syawal ni saya sempat
mengganti semula cuti2 malaysia saya tuu
jadi.. hari ni barulah saya merasa beraya
dah nak habis raya baru 
terhegeh2 nak buat puasa enam
apa pun tak bolehh kau nii hihihi

ehem ehem
(ini isyarat untuk masuk mood terharu)
wahai kawan ku di sana
terima kasihlah ye kawan sebab awak
banyak membantu dan mendorong saya selama ni
waktu saya berduka awak selalu menasihati saya
agar tabah dan kuat hadapi ujianNya
awak adalah seorang insan yang cukup mengenali
siapa sayaa.. pelik juga
dari mana awak dapat tahu tentang 
saya pun saya tak tahu.. hurmm

kawan ouhh kawan
saya mahu awak tahu bahawa saya 
tidak seperti yang awak sangkakan
saya tak buang awak macam orang 
buang sampah merata-rata tuu
tanggapan awak salah sama sekali pakkk
jangan percaya omongan orang dongg
dan kadang kala tak semua apa yang 
kita nampak dengan mata kasar kita dapat
tafsir hati budi seseorang
kenali dulu hati budinya dan kemudian 
barulah kita boleh menilainyaa

awak yang saya hargaii
janganlah berduka dan bersedih lagi
sentiasalah percaya pada janjiNya
jika sesuatu yang ditetapkan untuk awak olehNya
kelak akan menjadi milik awak juga
sentiasalah berdoa supaya hati awak tabah
dan ingat kembali nasihat yang awak beri pada saya
sewaktu saya bermuram durja dahulu kala
(maaflah.. terkeluar ayat zaman nostalgik)

saya sebagai kawan yang menyokong 
awak dari belakang akan sentiasa
ada saat awak perlukan saya.. insyaAllah
jadilah seorang insan yang penuh dengan 
senyuman seperti awak yang saya kenali 
saat pertama kali kita ke siniii
Allah itu sayang akan setiap hambaNya
with lots of love ~ cahaya

Monday, 5 September 2011

happy eid mubarak

assalamualaikum awak2 semua!
rasanya masih tidak terlambat untuk saya
ucap selamat hari raya aidilfitri 
maaf zahir batin bagi semua umat Islam ^_^
maaf sudah berabad lama saya tidak mengupdate 
cerita2 di blog ni..
sepanjang bulan Ramadhan saya sibuk
bekerja membantu mak cik di teluk intan
membuat biskut2 raya untuk diniagakan
oleh sebab itulah masa2 yang lapang
sudah diisi dengan perkara2 berfaedah. heee
alhamdulillah setelah selesai berpuasa selama sebulan
kini kita meraikannya
raya tahun ini pada saya kurang auranya
haha tak tahulah mengapa
anda pula bagaimana?
mesti seronok kann
yelah nama pun raya tak kan lah tak seronok pula
ada satu perkara yang saya nak share dgn awak semua
syukur yang teramat sangat Dia telah mengabulkan
doaku sepanjang bulan Ramadhan
memang betul kata orang jika kita
berdoa apatah lagi dalam bulan yang mulia
insyaAllah doa itu cepat saja termakbul
dan sekarang saya sudah terima apa yang saya impikan
Allah itu mendengar rintihan setiap hambanya
kini dia telah kembali.. 
kembali dengan niat yang ikhlas
mungkin kerana atas kesabaran dan keikhlasan
aku menyayanginya
mungkin juga atas kesedarannya 
siapa aku dihatinya
insyaAllah moga hubungan kali ini lebih baik 
dari yang sebelumnya
terima kaseh kepada mereka yang mendoakan kami
doa kalian sangat saya hargai 
okey sudah untuk entry ini
once again Selamat Hari Raya!
babaiiiii >.<

this is what i told you sayang :
its easy to date a person but its hard to fall in love with her
its easy to leave her for another person but its hard to forget her
its easy to feel nothing about it but its hard to let the guilt go away. .

Tuesday, 2 August 2011

happy birthday to me


31st July
i'm 24 years old big girl now!
omaigod.. tuanya saya T_T
okey tak kisah.. apa ada pada usia
it just a number
asalkan hati berjiwa muda haha!
thanks to all my sayang2 out there
yang send birthday wishes pada saya
i tot this year tidak ada celebration
tapi tak sangka my friends buat surprise party
awal sehari pulak tu 
korang memang nak kena kan?!
patut pelik semacam saja bila mereka ajak hang out
apa2 pun terima kaseh banyak2 pada korang
menjadilah surprise korang
and i'm really shocked!
then, jam 5 petang pergi jalan2 cari makan
area kl with jiran tersayang
lewat malam baru pulang
thank you for spending time with me!
saya seronok tau!
to someone out there.. 
thank you for the birthday present
saya suka sangat!

p/s: happy fasting to all muslim! may this coming Ramadhan bring lots of patience and happiness ^.^

Friday, 29 July 2011

cerita ini masih belum basi lagi

assalamualaikum and hello peeps!
currently baru siap dan habes memuat turun korean drama
ayat memuat turun tu yang tak boleh blah
ayat skema habes haha!
di kala bosan-bosan beginilah muvi-muvi
best memainkan peranan penting
supaya fikiran tidak sentiasa melayang-layang
memikirkan perkara yang tidak berfaedah
dan lagi mengusik jiwa
awak2 semua setuju?
okey cukup lah saya merepek-repek
sekarang focus -.-''
sebenarnya apa yang hendak ditulis adalah
23hb yang lalu sepupuku siti sarah
selamat menjadi tunangan orang
tahniah sarah!
sudah bertunang pun kau ye sarah
aku ni macam ni juga
haha! okey belum masanya lagi 
nak memikir hal ini semua
habeskan belajar dulu lah
majlis pertunangan sarah ini dilangsungkan
di rumahnya di teluk intan a.k.a 
kampung atuk dan opahku
wink wink ^.^

ramai sungguh rombongan dari pihak lelaki
sudah serupa akad nikah pula =P

ini adalah hantaran dari pihak perempuan
handmade lagi tu!

dan yang ini pula tanda cinta dari si lelaki. 
auww jeles mak nak.. haha!

yeah! sudah sah bergelar tunang kepada Amirul

phewitt! sepadan bukan? cepat ke jinjang pelamin!

sepupu dan kakak sedara
separuh saja masih available =P

lihat! wajib ambil restu dari saya tau. hihi

mak uda pun tak mahu kalah.. 
seperti anak dara juga

selamat bertunang sarah dan amirul!
moga kegembiraan sentiasa bersama anda berdua

till then sayang2 semua!
have a good day!

p/s: tears just like crystal.. it is very clear.. but yet it is very fragile

Monday, 25 July 2011

damn pathetic

kadang-kadang saya rasa saya umpama persinggahan buat awak
saat awak perlukan saya awak akan datang 
dan bila tidak.. awak pergi begitu saja..
saya sangat tak faham..
kenapa awak berubah dengan begitu cepat
awak tinggalkan saya terkontang-kanting
saat saya tiada salah apa-apa pada awak
awak cakap ianya suatu dendam
dendam kah awak?
itu semua hanya alasan bagi awak
supaya awak dapat tutup kelemahan dan kesalahan diri awak
mudah bagi awak cari pengganti saya
awak bahagia sedangkan saya..
masih di takuk yang lama
awak cakap jika kita berpisah..
awak akan let go saya secara perlahan
ibarat awak berjalan dan saya ikut berjalan
walaupun saya berada di belakang awak
agar awak dapat lihat saya sama-sama berjalan
tapi.. itu semua kata-kata awak saja
percakapan awak tidak selari dengan tindakan awak
perpisahan kita hanya disebabkan salah faham
dan bila awak tahu perkara sebenar
awak tertekan.. tersepit.. awak sudah silap.. 
silap sebab awak sudah punya pengganti saya
saya tak sangka.. baru seminggu kita berpisah 
tanpa awak tahu cerita yang sebenar
awak sudah terburu-buru dan punya kekasih hati
menyedihkan bukan?
namun.. hingga saat ini saya masih berharap
untuk awak kembali
saya terima siapa awak.. 
malah saya lebih mengenali awak sekarang
saya terima keburukan awak
bodohkah saya? butakah saya?
saya akui saya belum lagi move on
mungkin lambat.. tapi saya tak tahu bila
saya nak awak tahu..
bila saya sudah move on nanti..
saya mungkin tak mengharapkan awak lagi
jika ini takdirNya untuk saya
saya terima..
saya tabah dan kuat hadapi ujianNya
keluarga dan kawan-kawan saya 
adalah ubat saat saya sakit..
Allah itu maha adil.. suatu hari suatu saat
awak akan faham apa yang saya alami
saya akan doakan awak bahagia 
dengan life awak sekarang

Tuesday, 12 July 2011

sayang sampai mati

how can i describe, all of these emotions,
and put into words, the size of my devotion,
  i don't think it is possible, 
but at least i shall try,
you are my one and only,
in whom i will confide, you bring a smile to my face,
every time i hear your voice,
you make my heart begin to race, even if it's not my choice.
  i love you more than life,
you are special beyond compare, i will never bring you strife,
throughout this life that we share,
you have given me so much, i can't describe it,
with you i'll spend forever,
until my dying days,
we will conquer life's endeavors,
together in many ways.
when i kneel at night and pray, may this love never end,
the main thought that i convey,
you are my love, my best friend.

Sunday, 10 July 2011

penantian berakhir sudah

assalamualaikum
apa khabar awak2 semua? sihat?
lama giler kot biarkan blog ni bersawang..
haha bukannya sengaja.. cuma tak ada masa
sebab dah involve dengan macam2 perkara
tup tup ada free time nak update lappy pulak buat hal
memang tak ada rezeki la tu..
actually banyak giler cerita best nak share ngan you all
cerita yang dh agak basi sedikit untuk dikongsikan hihi
alhamdulillah saya selamat mengerjakan umrah 
bersama mak, pakcik, makcik & atuk nenek sedara
selama 2 minggu di sana dapat selesaikan 7 kali umrah
syukur sangatlah sebab tak kena demam, batuk, selsema semua
bab makan tak payah cakap lah.. asyik menyumbat je kerja saya
akibatnya balik m'sia naik 3kg! ha amek kau!
biasa la tu datang tempat orang semua benda kita nak cubakan..
so makan jela.. rindu sangat suasana kt masjidil haram
yg bestnya sejam sebelum masuk waktu solat
memang dah ready dah.. kalau tak solat kt dataran la jawabnye
first time nampak ka'abah memang tak dapat bayangkan
perasaan cmne.. sebelum ni tengok kt tv je.
yg ni memang live.. subhanaAllah
harap sangat dapat pergi lagi.. kali ni nk pergi dengan
duit sendiri pulak. barulah bestt =)
okay mari layan gambar2 di bawah

teruja sebelum ke klia.. okay sila abaikan ACW di belakang =P

delicious meal from Pakistan International Airline

saya, ibu makcik dan pakcik =)

pita bread with lamb curry. makanan wajib setiap hari.
inilah penyebab i gained my weight. huuhu

keadaan ketika bersaie. agak kabur sedikit ya

ha.. lihatlah suasana bertawaf di waktu malam. 
ramainya manusia

kalau di m'sia 95 dan 97. yg ini lain pula

ice cream yg tak perlu tunggu sampai 5 minit sudah cair.
mana taknye.. cuaca 44'C. fuhh mmg panas lah

akrab kn mereka? hehe

di marwah. setelah selesai bersaie

okay cukup sudah mengupload gambar2..
harap sangat one day dapat datang lagi ke sini

till then everyone
take care and bubye!

Friday, 8 July 2011

im coming back!

 sorry guys..
i've been veryyyy busy lately
will update soon okay!

Friday, 27 May 2011

malam sebelum berangkat

assalamualaikum semua
malam sudah larut.. semua orang dah mula tarik selimut
saya pula masih sempat lagi nak update blog
alhamdulillah semua kerja sudah dibereskan 
sebelum berangkat pada esok pagi
semua persiapan juga telah siap dipacking
 harap2 agar segalanya dipermudahkan oleh Allah
kepada kawan2 saya mohon maaf jika ada salah silap ye
doakan saya dan saya juga akan doakan kalian semua
 till we meet again guys
bubyeee =)



tibe2 muka tembam giler dalam gambar ni
abah cakap kepala bengkak.. haha!

p/s: syukur exam result meningkat.. nantikan hadiah dari si ayah pula =P

Wednesday, 18 May 2011

ringkasan seminggu

selamat pagi awak2 semua
awak2 semua sihat?
lama sudah tak ketok2 keybod.. rindu rasanya
kt blog ni.. haha gediknya saya!
sementara menunggu nak meeting dengan beberapa orang ni
masih sempat nak update entry untuk kali ni
seminggu yang lalu sangat sibuk pergi ke merata tempat
yang pasti ianya best walaupun memenatkan..
lebih kurang cuti untuk saya la tuu
cuti yang diberi 4 bulan tapi yang mampu untuk saya 
spend hanya beberapa minggu saja.. 
adehh.. ini semua gara2 sibuk menguruskan beberapa hal
sangat kesuntukan masa..
nak cerita sikit.. last week dh jumpe my best friend, fifi!
tak lama pun.. tapi sangat bermakna. sebabnya apa
yang dipendam dh luahkan kt fifi. alhamdulillah fifi faham
and she told me to be strong..
yes i have to be strong! since many things happen around me lately..
thanks God.. you love me
isnin yang lalu ke teluk intan.. hantar mak appointment
then dating si dia di The Curve
seronok! dan sudah settle a few thing bersama
sayang awak sampai bila2 =)
sebelum tu ke Quality kl makan2 buang masa
3 hari di sana asyik makan je.. habis sudah diet saya
tak mencapai azam la jika begini










manalah saya tak bulat..
ohh dan lagi.. next week 27 may insyaAllah saya akan 
pergi mengerjakan umrah di tanah suci Mekah..
sudah sampai serunya..
awak2 semua tolong doakan saya dapat melaksanakannya
dengan sempurna dan mudah ya. moga Allah memberkati
awak2 semua =) risau sebenarnya ni..
sebab persiapan untuk ke sana tak buat lagi..
sibuk sangat dengan urusan duniawi..
insyaAllah by next week saya akan spend masa untuk ini
semalam ke Hentian Putra semata2 nak belikan adik tiket ke Terengganu.
bukannya tak ade bus kt sini.. ade cuma takde trip pagi..
then jalan2 kt The Mall.. tak menarik sangatla. 
tak banyak kedai best2. yang menariknya perut kenyang
makan di mcd.. makan lagi -.-'




okay.. itu saja buat kali ini
malam ni nak habiskan masa buat financial
untuk setting up nursery.. tomorrow meeting
petang ni jumpa opah.. weekend hantar adik masuk u
then hantar abah ke airport.. selasa depan presentation
lama2 pengsan!
till then guys
have a nice day awak2 semua!

p/s: sudah berjaya menyiapkan 12 buah skrip kanak-kanak. 6 more to go yay!

Monday, 9 May 2011

update versi laju

assalamualaikum awak semua
so how was your mom's day celebration guys?
musti best punyelah kan.. ade jugak yg akan celebrate sekali dengan
father's day nanti.. tak lama je lagi..
saya pun tengah memikir nak bagi ape pulak kt my dad..
actually sebelum2 ni jarang2 sekali bg hadiah..
so kalau mak dapat hadiah abah pun kene lah jugak
saje nk bg fair.. aritu kami adik beradik share2 beli something 
untuk mak.. hadiahnya adalah sehelai jubah. tak penah2 bg
jubah. okaylah jugak sebab my mom suke ^.^
pastu kene paksa dia pakai. kalau tak dok simpan 
dlm almari jelah jawabnye hihi
kami buat simple2 je.. and my mom tak expect langsung
preparation tu.. so menjadilah surprise kami. yay!
bertungkus lumus menyediakan menu mee hailam versi saya
yang kurang pandai memasak -.-'
then ade pizza yg bentuk love tu dan chesse cake
biase2 je.. yang penting perut teman kenyang!

ucapan suweet kami untuk mak

ok till then everyone.. 
mahu pulang ke tg malim setelah beberapa jam di kampung
see you soon! tata

p/s: sayangnya kak long tidak bersama.. to kakak selamat menjalani doktor muda di sana! kami sentiasa bagi support~

Saturday, 7 May 2011

tiba2 rasa suka

assalamualaikum dan selamat senja semua
hahaha! senja pun boleh la kan sbb tetibe nak update time2 gini
bukan ape.. saje nak gtau korg yg saya sangat happy hari ini!
mengapa ye? ohhh.. mestilah sebab ade sesuatu yg best mlm ni.
kami adik beradik plan nk sambut hari ibu sempena hari ibu 8 mei esok.
semua dh beli.. hadiah pun dh beli. tinggal nk prepare dinner je lg
buat ala kadar je.. yg penting ikhlas betul tak?
cepat2 angguk kepala semua ^.^ huehuehue
ofkoslah saya yg jadi tukang masak mlm ni.
menu malam ini adalah... jeng jeng jeng...
simple je.. tamo kasi tau dulu. nanti tak surprise.
next entry nanti i gtau you all okay..!
by the way, semalam sy dh start mencari2 bunny spesies anggora.
tak kire nk beli jugak yg baru. so kalau korg tau mana2 tempat yg 
ade jual bunny boleh la share. thank you!
dan lagi.. sy dh buat renovation sedikit kt blog ni. tak banyak.
ini semua gara2 chibako dh mati. haha gurau saje..
okay background music pun dh tukar. 
kali ni kasi korg dengar lagu rancak pulak.
best tak? sy pun baru je tau lagu ni sbb terdengar dalam 
sinetron Cinta Melody kt Astro Ria. best tau cerita ni!
kt sini sy letak lirik lagu tu. kalau korg suke jom nyanyi sama2 ^.^


Zivilia Band - Aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

 Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

 walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
  pada ketulusan a a ai aishiteru

 saat sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
  lupakan segala obsesi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

Thursday, 5 May 2011

kenangan bersama chibako

apa perasaan korg bila haiwan peliharaan yg korg sayang giler
dh tak wujud depan mata korg lagi?? 
mesti sedih giler giler giler betul tak?
mesti bila dok sorg2 teringat masa2 mereka bermain tetibe je nanges kan?
mengimbas kembali detik2 bersama chiba & chiko.


6 march 2011
secara rasminya chiba & chiko dapat owner baru. 
sy gembira sangat sbb ade bunny yg comel2 belaka.
masa mula2 beli, chibako tak berapa jinak. maybe sbb baru berpisah dengan
family tercinta. tambahan lagi chibako masih baby. sy sediakan semua
keperluan chibako supaya mereka selesa di tempat baru. 
tak sampai hati letak chibako kt rumah kg sbb takde 
org nk tengok2kn mereka sangat.
jadi sy bawak chibako ke rumah sewa. buat sangkar baru untuk dorg
takut kucing terkam dari luar. sekarang chibako dh selamat.
tiap hari mesti bagi makan 3 kali. 
asal kosong je bekas makanan, mesti tambah lagi.
sy belikan vitamin minuman supaya dorg sihat.
tukar lampin mereka 2 kali sehari. mmg kene bersih takut ade kurap.
3 kali seminggu mandikan mereka. pakai ape pun boleh. 
sunsilk ade, lifebouy ade, shokubutsu pun boleh.
wangi giler bau chibako.
lama kelamaan chibako tambah gemuk. 
dh tak takut dengan org dh.dh boleh pegang lama2.
tiap weekend balik kg mesti angkut dorg skali.
chibako tambah besar. main kejar2 dalam sangkar pun dh tak muat.
kesian pulak tengok dorg camtu. tambahan lagi dorg dh mula mengawan.
jadi buatlah rumah baru untuk dorg. asal jenguk dari tingkap bilik nampak
dorg main kejar2. seronok kot dapat tempat yg luas. 

4 may 2011
chibako hilang.
selalunya tiap malam sebelum tido mesti tengok chibako dulu. 
nk make sure dorg tak kesejukan. sekarang kn musim hujan.
tp malam tu lupe pulak nk tengok dorg.
subuh2 lg mak dh kejut bagitau chibako takde dalam sangkar. 
puas cari merata tempat. hujan lebat giler. 
tak kire ape dh. redah je.
dh puas pusing keliling rumah keliling rumah jiran.
pun tak jumpe2. tak tau nk cari kt mana lagi.
fikir2 nk round cari satu kampung pulak.
intai2 dulu kot2 chibako duduk bawah kereta. yes! jumpe chiba!
suke mmg suke tp tak suke mnelah sbb chiko tak tau ke mana.
lepas lap2 badan chiba sy letak balik dlm rumah die.
2 kali round keliling kg tak jumpe2. 
buat muka tak malu ketuk pintu rumah org 
tanya kot2 ade ternampak arnab hitam+putih. pun takde jugak.
sejam lg nk g kl. kepala memang serabut selagi tak jumpe chiko. 
tengah dok cakap2 ngan chiba tetibe nampak ade bende putih melompat2
keluar dari semak. chiko! kesian.. badan die basah. kaki chiko kotor.
badan chiko panas... mcm demam je. tak sampai hati nk mandikan.
jadi sy lap2 kaki dan badan die je.
gembira tak terkata. syukur sangat2 dapat jumpe chibako balik.

5 may 2011
really unexpected thing happened today.
seperti semalam, subuh2 lagi mak kejut bagitau chibako hilang lagi.
ya Allah.. ke mana pulak la dorg ni. kali ni berbeza dari semalam.


dinding rumah chibako kene tebuk. 
dalam hati, "kuat giler dorg ni sampai patah papan tu"
semalam chiko masuk semak. rase2nya kali ni mesti dorg lari kt situ jugak.
puas cari tak ade.jalan2 area rumah chibako kot2 boleh tau kt mana dorg lari.
subhanAllah! betul2 tak sangka ape yg sy jumpe.


rasa sedih tak terkata. sy menjerit panggil abah. "abah ni mata siapa!"
dalam hati memang dh tau tu mata chibako.. 
tp tak dapat terima kenyataan yg chibako dh mati..
abah keluar bawak senapang. ni mesti kerja anjing. abah start moto
round satu kampung cari anjing tu. kejam sungguh!
sy ternampak bulu2 chibako merata2. paling tak sanggup nk tengok
bila ternampak ekor chiba & chiko. hati dorg pun ade. merah berdarah2 lagi.
sy tanam semuanya. ya Allah..... sedihnya. kesian chibako. 
memang tak dapat tahan nanges. rasanya baru semalam main2 ngan dorg.
chiba pulak sedang pregnant. gemuk badan die. kesian anak2
chibako yg dalam perut kene makan skali.
sampai sekarang sy masih bersedih. 
banyak kenangan dengan chibako.

rantai leher chiba & chiko. asalnya rantai ni besar.. 
sy jahit supaya mereka boleh pakai

kulit kayu tempat chiba & chiko asah kuku mereka.
kadang2 benda ni pun mereka gigit2 buat mainan

bola mainan chiba & chiko. 
dorg suke tolak2 bola ni dengan kaki.

p/s: semoga sy tabah dengan pemergian mereka. walaupun ianya hanya haiwan peliharaan.. sesiapa pun yg ade haiwan tempat bermanja dan bermain akan sedih bila mereka dh takde lagi T_T