Friday 18 November 2011

yesterday was thursday

hey people ! are you guys doing well ?
if yes alhamdulillah. tapi kalau sakit tu cepat-cepatlah makan ubat.
take a good care of your health. sekarang ni macam-macam 
jenis penyakit yang datang. kadang-kadang nampak macam
sakit-sakit biasa saja. tapi rupanya bukan. macam kanser lah kan.
penyakit yang berkembang dengan pesat dalam diam. who knows right ?
actually aku baru saja selesai menyiapkan assignment yang dah sebulan
aku tangguh. last tuesday lecturer berpesan , 'hantar assignment hari jumaat ye'.
ouhhh dengan tidak semena-mena aura dan semangat menyiapkan assignment
membuak-membuak. hahaha. inilah namanya buat kerja last minute.
padanlah dengan muka aku. tapi sekarang dah siap. 
jadi tak perlu cakap apa lagi. senyum sajalahh. hee
since my mom still in her treatment , semua urusan rumah dan tangga
kami tiga beranak yang ambil alih. abah , me and adik.
nak dijadikan cerita , pagi tadi aku terlewat bangun. 
kelas lapan setengah bangun tidur lapan sepuluh minit. 
itu pun mujur abah yang kejut. ouhh yesss ! 
ni sebab bangun subuh terus tidur. langsung terlupa set alarm.
alangkah seronok betul siap dalam keadaan kelam-kabut.
aku peruntukkan dua puluh minit saja siap. 
tepat lapan tiga puluh lima aku dah boleh melangkah 
ke kelas dengan senyuman. sebab apa ?
sebabnya lecturer tak sampai lagi. 
tunggu punya tunggu pun tak masuk-masuk juga.
jadi mari kita buat kesimpulan beramai-ramai. kelas batal !
perasaan ? suka dan tidak suka. tidak suka sebab tunggu tanpa berbuat apa-apa.
suka sebab bolehlah pergi makan-makan. haa bab makan memang best.
then kami empat sekawan pekena bihun sup di kedai ibu.
sembang-sembang kosong then jam sepuluh dah kena rush balek.
hari-hari balek kelas dengan tergesa-gesa sebab nak prepare
lunch time. tepat jam dua belas suku semua harus siap.
nak jimat punya pasal jadi kami malas nak membeli.
bukan fikir jimat saja. tambahan makanan yang dimasak sendiri
lebih terjamin khasiat serta kebersihannya. #cehhh ayat akuuu
hari-hari fikir nak masak lauk apa. dah macam ganti tempat
my mom pula rasanya. then kami end up buat ikan keli bakar
dengan air asam. fuhh memang best !




tadaaa ! itulah hasilnya. simple saja. semua orang mampu buat. heee. 
ouh okaylah. i think that's all from me for today.
sebelum kita tutup hari ni , marilah sama-sama kita muhasabah diri.
semak perlakuan kita setiap hari. moga hari esok lebih baik dari hari ini.
senyum selagi you all masih bergigi and bubyee everyone!

No comments: