Thursday 29 September 2011

ending of Syawal season

assalamualaikum awak semua
sihatkah awak semua?
hampir sebulan lamanya kita tak bersua
ececeh.. ayat nak kaki novel sajaa
maaflah ye.. i've been very busy lately
since masuk semester baru ni
pelbagai perkara perlu diselesaikan
tinggal tiga semester saja lagii
adehh.. cepatlah habis belajar
ku sudah tidak sabar lagi nihh
hihi apelahh..
semakin hari semakin hampir 
Syawal meninggalkan kita
sedehnyaa 
siapa Syawal??
alahh.. Syawal.. anak jiran belakang rumah tuu
hahaha.. sudah2 lah melalut tu una oii
di akhir2 bulan Syawal ni saya sempat
mengganti semula cuti2 malaysia saya tuu
jadi.. hari ni barulah saya merasa beraya
dah nak habis raya baru 
terhegeh2 nak buat puasa enam
apa pun tak bolehh kau nii hihihi

ehem ehem
(ini isyarat untuk masuk mood terharu)
wahai kawan ku di sana
terima kasihlah ye kawan sebab awak
banyak membantu dan mendorong saya selama ni
waktu saya berduka awak selalu menasihati saya
agar tabah dan kuat hadapi ujianNya
awak adalah seorang insan yang cukup mengenali
siapa sayaa.. pelik juga
dari mana awak dapat tahu tentang 
saya pun saya tak tahu.. hurmm

kawan ouhh kawan
saya mahu awak tahu bahawa saya 
tidak seperti yang awak sangkakan
saya tak buang awak macam orang 
buang sampah merata-rata tuu
tanggapan awak salah sama sekali pakkk
jangan percaya omongan orang dongg
dan kadang kala tak semua apa yang 
kita nampak dengan mata kasar kita dapat
tafsir hati budi seseorang
kenali dulu hati budinya dan kemudian 
barulah kita boleh menilainyaa

awak yang saya hargaii
janganlah berduka dan bersedih lagi
sentiasalah percaya pada janjiNya
jika sesuatu yang ditetapkan untuk awak olehNya
kelak akan menjadi milik awak juga
sentiasalah berdoa supaya hati awak tabah
dan ingat kembali nasihat yang awak beri pada saya
sewaktu saya bermuram durja dahulu kala
(maaflah.. terkeluar ayat zaman nostalgik)

saya sebagai kawan yang menyokong 
awak dari belakang akan sentiasa
ada saat awak perlukan saya.. insyaAllah
jadilah seorang insan yang penuh dengan 
senyuman seperti awak yang saya kenali 
saat pertama kali kita ke siniii
Allah itu sayang akan setiap hambaNya
with lots of love ~ cahaya

Monday 5 September 2011

happy eid mubarak

assalamualaikum awak2 semua!
rasanya masih tidak terlambat untuk saya
ucap selamat hari raya aidilfitri 
maaf zahir batin bagi semua umat Islam ^_^
maaf sudah berabad lama saya tidak mengupdate 
cerita2 di blog ni..
sepanjang bulan Ramadhan saya sibuk
bekerja membantu mak cik di teluk intan
membuat biskut2 raya untuk diniagakan
oleh sebab itulah masa2 yang lapang
sudah diisi dengan perkara2 berfaedah. heee
alhamdulillah setelah selesai berpuasa selama sebulan
kini kita meraikannya
raya tahun ini pada saya kurang auranya
haha tak tahulah mengapa
anda pula bagaimana?
mesti seronok kann
yelah nama pun raya tak kan lah tak seronok pula
ada satu perkara yang saya nak share dgn awak semua
syukur yang teramat sangat Dia telah mengabulkan
doaku sepanjang bulan Ramadhan
memang betul kata orang jika kita
berdoa apatah lagi dalam bulan yang mulia
insyaAllah doa itu cepat saja termakbul
dan sekarang saya sudah terima apa yang saya impikan
Allah itu mendengar rintihan setiap hambanya
kini dia telah kembali.. 
kembali dengan niat yang ikhlas
mungkin kerana atas kesabaran dan keikhlasan
aku menyayanginya
mungkin juga atas kesedarannya 
siapa aku dihatinya
insyaAllah moga hubungan kali ini lebih baik 
dari yang sebelumnya
terima kaseh kepada mereka yang mendoakan kami
doa kalian sangat saya hargai 
okey sudah untuk entry ini
once again Selamat Hari Raya!
babaiiiii >.<

this is what i told you sayang :
its easy to date a person but its hard to fall in love with her
its easy to leave her for another person but its hard to forget her
its easy to feel nothing about it but its hard to let the guilt go away. .